Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul

    Assalammualaikum pada korang semua yg beragama islam..hari nie saya nk share la dgn korang semua tentang Maulidur Rasul. Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.Pada Hari esok jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yg jatuh pada hari selasa  12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dgn 15 Februari 2011.Baginda adalah nabi terakhir yg diutuskan  oleh allah subhanahu wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang di kenali sebagai Maulid Nabi.
 
   Setiap tahun pada hari itu,umat islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan di kurniakan  oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

  Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi,sudah pun di kira mendapat pahala dan di muliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan di kira amal salih.

  Jelas kepada kita bahawa pembalasan  Allah S.W.T. terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah s.w.t akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah,ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengaharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah s.w.t

 Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati orang yang mengadakan majlis itu,tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut keberkatannya.

Itu lah serba sedikit tentang maulud nabi yang dapat saya kongsikan bersama korang semua.Petikan ini saya dapat dari wikipedia..tk salah kan kita berkongsi bersama tentang Maulidur Rasul.


 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...